Pusat Penjagaan Bersalin

Penjagaan bersalin yang berkualiti

Kami memastikan penjagaan khusus bagi ibu yang mengandung dari awal proses kehamilan. Perkhidmatan bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur diketuai oleh kumpulan perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berkemahiran tinggi, berpengalaman, serta komited untuk menyediakan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti.

Jururawat kami yang mesra, berpengalaman dan terlatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan serta penyusuan, mampu menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi baru lahir.

Dengan pakej bersalin Hospital Pantai Kuala Lumpur, anda dipastikan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berikut:

Bilik bersalin

Perkhidmatan Pranatal & Bersalin Am

Program Semasa Mengandung

Kaunseling dan Rawatan Ketidaksuburan

Onkologi Ginekologi

Ultrabunyi O&G

Ultrabunyi pranatal dan diagnosis untuk keabnormalan janin

Menguruskan hipertensi, diabetes dll. semasa hamil

Kehamilan berbilang atau kehamilan songsang

Menguruskan kehamilan yang berisiko tinggi dan berisiko rendah

Kelahiran bantuan peralatan

Pembedahan caesarean

Penjagaan Selepas Bersalin

Ginekologi benigna invasif minimum

Ginekologi Umum

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!