Kes penyakit jantung semakin meningkat di Malaysia kerana gaya hidup yang kurang sihat, diet yang buruk, merokok serta masalah kesihatan yang sedia ada terutamanya diabetes. Kebanyakan pesakit mula mengalami penyakit arteri koronari dalam umur pertengahan empat puluhan.
Pembedahan kardiotoraks termasuk proses mendiagnosis dan juga merawat secara rapi dan teliti. Prosedur ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Pembedahan kardiotoraks termasuk, tetapi tidak terbatas kepada pembedahan seperti pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Hospital Pantai di Malaysia menggunakan peralatan yang canggih dan perkhidmatan pasukan pelbagai disiplin yang merangkumi pakar bedah kardiotoraks, pakar kardiologi, jururawat dan pakar penjagaan susulan bagi menyediakan penjagaan perubatan yang berkualiti untuk pesakit.
Pakar bedah kardiotoraks merawat masalah yang berikut:
Masalah kardiotoraks adalah berkaitan dengan jantung dan paru-paru. Oleh itu, pelbagai ujian akan digunakan untuk memeriksa jantung dan paru-paru pesakit. Ini termasuk:
Jantung | Paru-paru |
---|---|
|
|
Pembedahan dan prosedur kardiotoraks termasuk:
Semua pembedahan mempunyai risiko. Berikut adalah beberapa risiko yang patut diketahui:
Meskipun pembedahan ini berisiko, faedah yang diperoleh biasanya adalah jauh lebih bermanfaat. Pembedahan kardiotoraks boleh menyelamatkan nyawa individu kerana ia membantu membuka arteri yang tersumbat, membaiki otot jantung yang lemah dan membetulkan isu ritma jantung.
Malahan, pembedahan kardiotoraks adalah salah satu pembedahan yang paling biasa dilakukan di seluruh dunia. Di Malaysia, lebih daripada 7000 pembedahan jantung dilakukan setiap tahun.
Hospital Pantai di Malaysia mempunyai kemudahan yang canggih untuk keperluan pembedahan jantung. Kami menyediakan pakar-pakar bedah dan ahli perubatan profesional yang terlatih dalam berbilang disiplin, untuk memberikan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan yang berkualiti untuk pesakit.