Kanser nasofarinks (kanser hidung) bermula di bahagian kerongkong yang menghubungkan bahagian belakang hidung dengan bahagian belakang mulut. Bahagian ini dikenali sebagai nasofarinks.
Kanser nasofarinks, yang juga dipanggil NPC, merupakan kanser kepala dan leher yang agak jarang berlaku. Kanser ini tidak menjejaskan ramai orang, iaitu kurang daripada satu dalam setiap 100,000 orang setiap tahun.
Risiko mendapat NPC meningkat seiring meningkatnya umur, tetapi kanser ini mungkin juga berlaku pada mana-mana peringkat hidup seseorang.
Jenis kanser ini jarang berlaku, di mana mutasi akan bermula dalam sel skuamus yang melapisi permukaan nasofarinks.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membahagikan kanser nasofarinks kepada tiga kumpulan menurut kekerapan masing-masing.
Walaupun terdapat tiga jenis NPC, kesemuanya berasal daripada sel-sel epitelieum yang melapisi nasofarinks.
Walaupun terdapat tiga jenis NPC, kesemuanya berasal daripada sel-sel epitelieum yang melapisi nasofarinks.
Mari kita lihat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan anda mendapat kanser.
Penghidap NPC mungkin tidak akan mengalami apa-apa simptom, khususnya pada peringkat awal penyakit.
Antara simptom-simptom yang mungkin muncul atau dialami penghidap NPC adalah:
Jika anda disyaki menghidapi kanser hidung, doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda secara terperinci dan menjalankan pemeriksaan fizikal.
Nasofarinks, kepala, mulut, leher, tekak, hidung dan nodus-nodus limfa anda akan diperiksa dengan teliti.
Endoskopi hidung mungkin juga dilakukan untuk melihat ke dalam nasofarinks dan memeriksa untuk sebarang keadaan abnormal.
Biopsi (mengambil sedikit tisu dari kawasan itu) mungkin juga dilakukan untuk menentukan jika sel adalah malignan atau tidak.
Setelah disahkan, doktor anda akan menjalankan ujian pengimejan untuk menentukan tahap penyebaran kanser. Ujian pengimejan termasuk:
Setelah peringkat kanser ditentukan, doktor akan menyediakan pelan rawatan yang sesuai.
Setelah didiagnosis, penting untuk mengetahui peringkat kanser yang dihidapi. Ini penting kerana doktor akan menentukan pilihan rawatan berdasarkan peringkat kanser tersebut.
Ujian dan imbasan akan dijalankan untuk menentukan peringkat kanser. Doktor biasanya menggunakan sistem pemeringkatan TNM.
Huruf-huruf ini, masing-masing merujuk kepada T (tumor), N (nodus) dan M (metastasis).
Pada umumnya, terdapat 4 peringkat NPC:
Peringkat | Penerangan |
---|---|
0 | Kanser telah menjejaskan hanya sel lapisan atas di dalam nasofarinks. |
1 | Tumor telah merebak ke kawasan sekitar seperti bahagian belakang kerongkong atau rongga hidung. |
2 | Kanser telah merebak kepada satu atau lebih banyak nodus limfa pada satu sisi leher. |
3 | Kanser telah merebak kepada nodus limfa pada kedua-dua sisi leher. |
4 | Peringkat lanjut di mana tumor telah merebak kepada tengkorak, mata, bahagian bawah tekak, atau ke bahagian badan yang lebih jauh. |
Rawatan spesifik akan disediakan bagi peringkat kanser yang tertentu. Antara rawatan-rawatan bagi NPC adalah:
Prognosis bagi kanser nasofarinks bergantung pada umur, kesihatan umum, serta peringkat kanser sewaktu didiagnosis.
Seperti semua kanser, kadar hidup bergantung pada tahap penyebaran kanser, rawatan yang diterima, umur dan kesihatan umum.
Secara purata, kadar hidup lima tahun bagi NPC adalah 61%. Kemungkinan untuk hidup adalah lebih tinggi apabila kanser didiagnosis dan dirawat pada peringkat awal.
Ingat faktor-faktor risikonya dan amalkan perubahan gaya hidup yang dicadangkan bagi mengurangkan risiko mendapat kanser ini. Namun, jika anda berasa kurang sihat untuk jangka masa yang lama, anda harus diperiksa oleh pengamal perubatan secepat mungkin.
Menerima diagnosis kanser boleh membebankan anda dan memilih rawatan yang sesuai juga boleh menjadi sukar. Pasukan ahli onkologi yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia memberikan rundingan dan menyediakan pesakit dengan penjagaan dan bantuan terbaik dalam menyaring, mendiagnosis dan merawat kanser.
Hubungi kami untuk membuat janji temu hari ini jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau soalan tentang rawatan kanser.
Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.
Kanser Nasofarinks- Simptom, Punca dan Rawatan, Tersedia di: https://www.webmd.com/cancer/nasopharyngeal-cancer [Assessed on 9 March 2022]
Statistik penting bagi kanser nasofarinks, Tersedia di: https://www.cancer.org/cancer/nasopharyngeal-cancer/about/key-statistics.html [Assessed on 9 March 2022]
Peringkat TNM bagi kanser nasofarinks, Tersedia di: https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/nasopharyngeal-cancer/stages/tnm [Assessed on 9 March 2022]
Karsinoma nasofarinks, Tersedia di: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nasopharyngeal-carcinoma/symptoms-causes/ [Assessed on 10 March 2022]
Kanser Nasofarinks, Tersedia di: https://www.cancer.net/cancer-types/nasopharyngeal-cancer/risk-factors-and-prevention [Assessed on 10 March 2022]
Kanser Nasofarinks, Tersedia di: https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21661-nasopharyngeal-cancer [Assessed on 10 March 2022]