Hospital Pantai Pulau Pinang mempunyai Unit Kardiovaskular yang lengkap serta menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk ujian diagnostik invasif dan bukan invasif. Perkhidmatan dikendalikan oleh sepasukan ahli Kardiologi dewasa dan pediatrik yang berpengalaman dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang dibantu oleh jururawat dan juruteknik jantung khusus yang berpengalaman.