Endoskopi merupakan prosedur bukan bedah yang membenarkan doktor kami membuat pemeriksaan yang rapi dalam salur pencernaan anda bagi menentukan sebarang penyakit atau punca ketidakselesaan. Sebuah endoskop – tiub yang tipis dan lentur yang dilengkapi lampu dan kamera – akan dimasukkan ke dalam salur pencernaan di mana doktor dapat memerhatikan organ melalui imej video.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Endoskopi di Tingkat 4, Blok A atau tel: +606-2319999 samb. 2363.