Perkhidmatan Khusus

Makmal Tidur

Apnea Tidur Obstruktif (OSA) meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung awal, angin ahmar awal, kegagalan jantung, mati pucuk bagi lelaki, daya tumpuan siang yang kurang serta produktiviti rendah. Ia juga boleh meningkatkan risiko kematian tiba-tiba semasa tidur kerana ritma jantung yang tidak normal, serta kecacatan kognitif jangka masa panjang seperti daya tumpuan dan daya ingatan yang rendah.

Hospital kami menyedari sepenuhnya risiko OSA dan telah menyediakan Makmal Tidur yang lengkap dan maju dengan ujian polisomnogram penuh serta kajian mudah alih. Kajian yang bersesuaian akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Tidur/Pakar Perubatan Respiratori tetap kami bagi memastikan pemulihan pesakit kami.


Klinik OSH

Klinik Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (OSHC) di Hospital Pantai Ayer Keroh menawarkan perkhidmatan Perubatan dan Pemulihan Pekerjaan yang menyeluruh dan tersuai khusus dengan matlamat untuk memastikan tenaga kerja klien sentiasa sihat dan produktif. Kami menyediakan pelbagai Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan daripada perkhidmatan penilaian perubatan menyeluruh, ujian makmal dan radiologi, perkhidmatan ujian penyalahgunaan bahan, pengurusan kecederaan di tempat kerja, perkhidmatan terapi dengan kerjasama bersama Pusat Pemulihan Bersepadu Pantai, perubatan perjalanan antarabangsa, serta program pendidikan dan kesejahteraan. Klinik Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan membantu mengatasi tugas klien yang sentiasa mencabar bagi menggajikan dan mengekalkan tenaga kerja yang sihat.

Melalui program dan perkhidmatan khusus yang disediakan pasukan perubatan dan terapi kami, kecederaan di tempat kerja boleh dikurangkan serta impak kewangannya juga boleh direndahkan. Kami menyuai khusus perkhidmatan kesihatan pekerjaan mengikut keperluan dan syarat kawal selia yang spesifik mengikut perniagaan klien kami, daripada pemvaksinan untuk eksekutif dan keluarga yang ke luar negara untuk urusan perniagaan, pemeriksaan fizikal pekerja baru, sehinggalah ujian alkohol dan dadah. Kakitangan yang sihat adalah keutamaan setiap pihak pengurusan.

Terletak kurang 15 minit jauhnya perjalanan dari tol Ayer Keroh dan kira-kira 20 minit perjalanan ke Bandar Melaka, kami menyediakan perkhidmatan klinikal dan diagnostik yang menyeluruh di bawah satu bumbung, dengan peralatan canggih untuk rawatan kecederaan akut atau kronik, penyesuaian tempat kerja, dan ujian berfungsi. Pasukan OHS kami terlatih dalam perubatan pekerjaan dan perlindungan luar masa bekerja tambahan disediakan Jabatan Kecemasan kami. Pakar terapi (fizikal dan pekerjaan) kami yang berpengalaman dengan pensijilan dalam ujian kapasiti berfungsi serta ergonomik memberikan rawatan dan bantuan pencegahan bagi mempertingkatkan proses pemulihan untuk kembali bekerja.

Perkhidmatan Penilaian Perubatan:

  • Pemeriksaan fizikal untuk pekerja baru
    • Sebelum pengambilan kerja, sebelum penempatan, sebelum pemindahan, sebelum bersara
  • Pemeriksaan perubatan sebelum kembali bekerja
  • Pemeriksaan perubatan kesesuaian untuk bekerja
  • Pemantauan kesihatan
    • Pemeriksaan perubatan khusus yang berkaitan kesihatan (hingar, bahan berbahaya)
    • Pemantauan perubatan menurut garis panduan DOSH dan saringan perubatan
    • Pemeriksaan fizikal (PSV, GDL)
    • Pemeriksaan perubatan sebelum dan selepas tugasan ke luar negara
    • Pemeriksaan perubatan tetap
    • Pemantauan radiasi
  • Pemeriksaan fizikal untuk pelajar
    • Prauniversiti, kemasukan prasekolah
    • Biasiswa

Ujian Makmal & Radiologi

  • Perkhidmatan makmal menyeluruh
    • Biokimia
    • Mikrobiologi
    • Penanda kanser
    • Panel toksin
  • Sinar-X, Ultrabunyi, Imbasan CT, MRI
  • ECG, Ujian Stres Senaman, Ekokardiogram
  • Mamogram, Kolonoskopi, Sinar-X Pergigian (OPG)
  • Ujian Fungsi Paru-paru/Spirometri
  • Perkhidmatan Ujian Penyalahgunaan Bahan
    • Sebelum pengambilan kerja, ujian rawak, pascakemalangan, dan atas sebab
    • Dadah dalam Air Kencing
    • Alkohol Darah
    • Perkhidmatan Pegawai Penilaian Perubatan Teriktiraf
  • Kecederaan di Tempat Kerja
    • Akses 24 jam ke Jabatan Kecemasan untuk pengurusan kecederaan
    • Rawatan terapi oleh juruterapi fizikal dan pekerjaan berkelayakan
    • Pemeriksaan dan penilaian sebelum kembali bekerja
  • Perkhidmatan Terapi
    • Terapi fizikal
    • Terapi pekerjaan
    • Trauma otot rangka, program & rawatan kecederaan pergerakan berulang
  • Audiometri
    • Audiologi: perbualan pendengaran, audiometri, saringan pendengaran berkumpulan

Perubatan Perjalanan Antarabangsa

  • Pusat Vaksin
    • Demam kuning, meningokokus, influenza, tifoid, Hepatitis A atau B, Cervarix dsb
  • Perkhidmatan penilaian dan pengimunan perjalanan yang menyeluruh
  • Pemeriksaan perubatan untuk pemohon menjalani umrah
  • Pemeriksaan perubatan untuk permohonan visa luar negara

Perkhidmatan Pencegahan dan Program Pendidikan Kesejahteraan

  • Pengimunan selesema tempat bekerja
  • Program saringan:
    • Pendengaran/ Penglihatan/ Kencing Manis/ Tekanan Darah/ Kolesterol/ Analisis Lemak Tubuh
    • Barah Payudara, Serviks, Prostat, dan lain-lain
  • Program pendidikan sedang guna
    • Sokongan hayat asas (BLS)
    • Responder kecemasan
    • Penggunaan pensijilan AEDS dan CPR

Pusat Diabetes Pantai

Pusat Diabetes kami menyediakan perkhidmatan penjagaan kencing manis yang menyeluruh oleh kumpulan perunding kami yang berpengalaman.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Kaunseling perkhidmatan kencing manis oleh jururawat berkelayakan
  • Pemeriksaan kaki dan penjagaan kaki (Pakar podiatri hanya melalui janji temu sahaja)
  • Kaunseling pemakanan
  • Pemantauan glukosa darah sendiri
  • Perkhidmatan kaunseling / pakar psikiatri
  • Perkhidmatan penjagaan pergigian
  • Perkhidmatan jururawat luka khusus
  • Rujukan fisioterapi, oftalmologi, nefrologi, dan kardiologi

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat (9 pagi - 5 petang), Sabtu (9 pagi - 1 tengah hari). Ditutup setiap hari Ahad & cuti umum.

Orang untuk dihubungi

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: Wong Soh San (Jururawat Pakar Diabetes) di talian: +606 231 9999 samb. 3841, atau di Bilik Kaunseling Diabetes, Tingkat 3, Blok A.


Fibroscan®

Kami menawarkan perkhidmatan Fibroscan® bagi mengukur kekerasan hati pesakit menggunakan teknik yang mirip ultrabunyi. Ia alternatif yang tidak invasif dan tidak menyakitkan bagi biopsi hati, dan ia membenarkan kumpulan pakar gastroenterologi kami yang berpengalaman untuk mengesan kerosakan hati akibat penyakit seperti hepatitis C.


DEXA Tulang

Kami menyediakan perkhidmatan DEXA Tulang, ujian ketumpatan mineral tulang bagi mengukur paras kalsium serta mineral lain dalam tulang. Ujian ini penting untuk membantu pesakit kami mengesan permulaan osteoporosis dan meramal risiko retak tulang。

Orang untuk dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Pengimejan: +606-2319999 samb. 2004/2020/2044

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!