Gabungan keseimbangan pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan kanser serta menggalakkan hidup yang sejahtera. Dalam masalah kesihatan atau penyakit tertentu, pesakit mungkin memerlukan amalan pemakanan yang khusus untuk membantu dalam pengawalan dan/atau penyembuhan penyakit. Pakar pemakanan yang berkelayakan boleh membantu anda merancang dan membuat pilihan pemakanan yang sihat untuk menjamin gaya hidup lebih sihat atau mengawal penyakit dengan lebih baik.
Kami menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling pemakanan tentang:
Dan penyakit atau masalah kesihatan lain yang memerlukan khidmat nasihat pemakanan
Perkhidmatan kami merangkumi penilaian status pemakanan termasuk analisis dan tafsiran Index Jisim Badan (IJT) dan komposisi badan, analisis pengambilan makanan, khidmat nasihat mengenai diet terapeutik kepada pesakit, ceramah, bengkel, forum awam tentang pemakanan dan kesihatan, kaunseling pemakanan secara berkumpulan, demonstrasi memasak serta analisis nutrient makanan.
*Janji temu diperlukan (Membuat temujanji di sini)
Untuk membuat janji temu dan pertanyaan, sila hubungi Kaunseling Pemakanan kami di Tingkat Satu, Blok A, +606 231 9999 samb. 3125 / 3129