Onkologi adalah cabang kepakaran perubatan yang menangani diagnosis dan rawatan kanser. Di hospital kami, kami bekerjasama rapat dengan pelbagai jabatan untuk merawat kanser kerana bidang ini sering memerlukan pendekatan pelbagai disiplin.
Kanser boleh mengganggu pesakit tetapi jika dikesan lebih awal, terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk menguruskan penyebaran dan patologinya.
Oleh kerana keadaan perubatan ini dapat mempengaruhi kualiti hidup, sangat penting bagi pesakit untuk berupaya mendapatkan rawatan dan penjagaan berkualiti tinggi daripada pengamal perubatan yang berpengalaman.
Di Pusat Kanser Hospital Pantai, anda akan menerima rawatan kanser terbaik yang dikendalikan oleh sekumpulan pakar perubatan profesional yang terlatih.
Kami memahami tuntutan fizikal dan emosi setiap rawatan untuk pesakit dan oleh itu kami akan memberikan rawatan dan pertolongan yang mencukupi dalam setiap langkah perjalanan rawatan anda.
Ahli onkologi perubatan dan klinikal kami yang mahir memberikan rawatan, penjagaan dan cadangan terperinci untuk bidang seperti pengesanan, diagnosis dan rawatan serta oenjagaan paliatif dan psikososial. Mereka dibantu oleh ahli perubatan, ahli terapi radiografi, jururawat onkologi, pakar diet dan ahli farmasi untuk mencapai hasil rawatan penjaagan perubatan yang terbaik bagi pesakit.
Hospital kami telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) untuk kecemerlangan kualiti perkhidmatan. Tanda aras ini meletakkan kemudahan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rawatan kanser di negara ini.
Kami memiliki kepakaran dalam pelbagai cara perawatan kanser seperti terapi radiasi, kemoterapi dan/atau pembedahan dengan tujuan utama untuk meningkatkan kualiti hidup dan memanjangkan jangka hayat.
Pakar penjagaan kesihatan dalaman kami juga mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani pelbagai keadaan onkologi seperti kanser paru-paru, kanser kepala dan leher, kanser prostat, kanser payudara, kanser tiroid, kanser gastrousus dan kanser ginekologi.
Pusat kami dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih untuk membolehkan penyediaan rawatan yang terbaik. Semua kemudah ini sangat penting dalam memastikan setiap pesakit mengalami pemulihan yang optimum ke arah remisi dan/atau penyembuhan jangka panjang.
Teknologi maju ini termasuk:
Semua peralatan ini dikendalikan oleh pasukan doktor pakar yang berdedikasi. Langkah ini melambangkan komitmen dan dedikasi kami yang berterusan dalam memastikan kejayaan bagi setiap proses pemulihan pesakit.
Di hospital kami, kami menyediakan pendekatan holistik untuk rawatan kanser bagi pesakit. Sesi terapi kami sangat inovatif. Setiap sesi terapi dirancang dan diperibadikan secara terperinci untuk menghasilkan hasil klinikal yang terbaik dengan kos yang berpatutan.
Fasiliti kami menempatkan barisan doktor pakar yang berkebolehan tinggi yang dapat menyediakan senarai perkhidmatan berikut:
Sekiranya anda mencari rawatan holistik untuk kanser di fasiliti yang sangat kompeten, hubungi kami untuk membuat tempahan janji temu hari ini.