Perubatan Ginjal

Pantai Hospital Ayer Keroh mengambil pendekatan yang holistik untuk mendiagnosis dan merawat penyakit ginjal. Pakar perubatan ginjal kami bekerjasama dengan pasukan jururawat terlatih, ahli dietetik dan ahli farmasi untuk merangka pelan untuk menjaga pesakit yang menghidap penyakit ginjal.

Pakar perubatan ginjal kami mengubati pelbagai jenis penyakit ginjal yang meliputi penyakit ginjal peringkat awal sehingga pengurusan penyakit ginjal peringkat akhir (ERSD). Pakar kami juga bekerjasama dengan pakar bedah vaskular dan transplantasi untuk mendapatkan hasil yang optimum untuk terapi penggantian buah pinggang seperti pemindahan ginjal dan dialisis.

Selain itu, pakar perubatan ginjal kami turut merawat pesakit yang menghidap penyakit sistemik yang mempengaruhi organ lain seperti lupus nefritis, Sindrom Sjoger dan penyakit Wegener.

Kemudahan Perubatan

  • Unit Haemodialisis
  • Bilik Kaunseling Diabetes

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Kecederaan ginjal akut
  • Sindrom kardiorenal
  • Penyakit ginjal kronik dan peringkat akhir
  • Kecederaan ginjal akut akibat kontras
  • Diabetes mellitus
  • Diabetik nefropati
  • Dislipidemia
  • Ketidaknormalan cecair dan elektrolit
  • Penyakit ginjal yang genetik
  • Glomerulonefritis
  • Tekanan darah tinggi
  • Pemindahan ginjal
  • Pundi kencing neurogenik
  • Penyakit ginjal polikistik
  • Proteinuria
  • Karsinoma ginjal
  • Penyakit batu karang
  • Sindrom Vaskulitis Ginjal / Nefrotik / Nefritik
  • Sistemik Lupus Eritematosus

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!