Mengenai Kami di Hospital Pantai Batu Pahat

Hospital Pantai Batu Pahat adalah satu-satunya Pusat Jantung di wilayah Johor Utara. Dalam usaha memenuhi permintaan untuk rawatan penyakit jantung yang semakin meningkat, Hospital Pantai Batu Pahat memulakan makmal katerisasi sebagai sebuah komitmen untuk memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakatnya. Kami adalah hospital swasta yang diiktiraf Persatuan Kesihatan Berkualiti Malaysia (MSQH) di Batu Pahat, memastikan semua pesakit mendapatkan standard kualiti perkhidmatan dan rawatan penjagaan pesakit yang tertinggi.

Hospital yang menempatkan 106 buah katil ini mempunyai lebih daripada 30 orang pakar perubatan dan senarai perkhidmatan serta kepakaran perubatan yang luas termasuk Kardiologi, Perubatan Dalaman, Surgeri Am, Obstetrik dan Ginekologi, Ortopedik, Pediatrik, THT, Nefrologi, Urologi dan Oftalmologi.

Hospital Pantai Batu Pahat menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling terkini seperti:

Makmal Katerisasi – pusat yang beroperasi 24/7 yang menyediakan rangkaian perkhidmatan jantung yang menyeluruh untuk pesakit dewasa.
Pemarkahan Kalsium Koronari CT - membolehkan pengesanan awal, pengurusan dan rawatan bagi Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan mengesan kehadiran plak kalsium dalam arteri koronari.
Imbasan CT – 160 Slice adalah kemajuan terbaru dalam teknologi dos rendah yang menghasilkan sekurang-kurangnya 50% kurang radiasi berbanding imbasan CT konvensional. Kami memberikan kualiti imej maksimum dengan pendedahan minimum untuk pesakit.
Pengimbas MRI - Tesla 1.5 kami menjamin kualiti dan kelajuan yang menghasilkan imej berkualiti tinggi sambil mengurangkan waktu mengimbas sehingga 40%.


Latar Belakang Parkway Pantai

Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.


CEO Kami

Shaharul Nizam

Ketua Pegawai Eksekutif,

Pantai Hospital Batu Pahat

Shaharul Nizam Sahrudin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Batu Pahat.

Di bawah kepimpinannya, hospital itu telah mendapat pengiktirafan atas perkhidmatan jantung yang komprehensif serta menjadi satu-satunya pengendali Pusat Jantung di Johor Utara. Kemudahan tersebut menjadi bukti komitmen hospital untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk rawatan penyakit berkaitan jantung serta menyediakan penjagaan kepada masyarakat.

Shaharul mengetuai pentauliahan hospital oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) yang memastikan semua pesakit menerima standard kualiti perkhidmatan dan penjagaan pesakit yang tertinggi. Beliau juga menyelia pengembangannya kepada kapasiti semasa sebanyak 116 katil dan pengambilan lebih 30 pakar perubatan.

Selain itu, beliau memajukan teknologi perubatan hospital dengan membawa masuk Pemarkahan Kalsium Koronari CT untuk pengesanan awal Penyakit Arteri Koronari dan Imbasan CT 160 Slice yang menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi dos rendah.

Shaharul menyertai IHH Healthcare Malaysia sebagai Ketua Sumber Manusia Hospital Pantai Batu Pahat. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat secara progresif kepada Ketua Pegawai Operasi dan akhirnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada April 2017.


Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!