Hospital Pantai Cheras terletak hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur dan hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Hospital dengan 127 katil ini menempatkan lebih 70 perunding berkelayakan tinggi serta 4 pegawai perubatan tetap. Hospital ini menawarkan perkhidmatan dan kepakaran perubatan yang menyeluruh termasuklah neurologi, oftalmologi, perubatan dalaman, ortopedik, dan banyak lagi.
Hospital Pantai Cheras tertumpu pada kepuasan pesakit dan pelanggan, dan sentiasa menyediakan penjagaan kesihatan yang mudah diakses kepada warga Cheras serta kawasan berhampiran.
Pantai Hospital Cheras is one of 14 hospitals operated by Pantai Holdings Sdn Bhd (Pantai Group), which is part of Parkway Pantai Limited, a subsidiary of IHH Healthcare Berhad (IHH).
Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.
IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.
Ketua Pegawai Eksekutif,
Pantai Hospital Cheras
Chong Soon Mei ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Cheras. Beliau menerajui prestasi hospital dan pertumbuhan perniagaan, mengurus keseluruhan operasi hospital dan memastikan pematuhan kepada peraturan.
Sejak pelantikannya, beliau telah mengembangkan kepakaran klinikal dengan merekrut perunding dengan subkepakaran yang berkaitan. Beliau berjaya menubuhkan unit endoskopi di hospital, dan unit pemerhatian rapat di Wad Pediatrik yang membolehkan pemantauan yang lebih baik terhadap keadaan perubatan kanak-kanak untuk hasil kesihatan yang lebih baik.
Chong mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia. Beliau menyertai Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 2018 sebagai Ketua Pegawai Operasi dan mengetuai pasukan operasi dalam menubuhkan wad baharu di hospital tersebut dan memperoleh akreditasi penuh daripada Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).
Sebelum ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, Chong berkhidmat dengan sebuah lagi hospital swasta selama lebih enam tahun yang bermula sebagai Timbalan Pengarah Kejururawatan dan akhirnya menjadi Ketua Pegawai Operasi di kemudahan penjagaan kesihatan itu.