Gastroenterologi dan Hepatologi adalah cabang perubatan dalaman dengan kepakaran dalam kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Tugas utama saluran gastrousus adalah untuk mencerna, menyerap nutrien dan membuang sisa daripada badan anda. Hati, saluran biliari dan pankreas pula, turut membantu dalam proses pencernaan dan metabolisme badan juga.
Pakar-pakar Gastroenterologi dan Hepatologi merawat penyakit gastrousus atau penyakit saluran hepatobiliari biasa, termasuk penyakit refluks gastroesofagus (GERD), ulser peptik, penyakit usus rengsa (IBD) dan sindrom usus rengsa (IBS), kanser kolon, batu karang hempedu, pankreatitis, hepatitis virus, hati berlemak, sirosis hati, kanser hati, penyakit divertikulum dan hemoroid.
Pasukan pakar dan ahli perubatan profesional di Hospital Pantai Cheras berkelayakan tinggi dan bersedia untuk menyediakan rawatan secara holistik. Kami sedia mencari punca simptom-simptom anda dan membantu menyembuhkan anda. Kesihatan anda adalah prioriti kami.
Pusat Endoskopi terletak di tingkat tiga hospital, dan dilengkapkan dengan peralatan serta kemudahan yang terkini. Pakar-pakar gastroenterologi di sini akan mendiagnosis penyakit saluran pencernaan selain menjalankan prosedur terapeutik. Doktor-doktor kami juga bekerja rapat dengan pakar radiologi serta pakar bedah dalam merawat penyakit hepatobiliari.
Kecemerlangan kualiti perkhidmatan kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), dan kami komited untuk memastikan tahap keselamatan yang terbaik dan penjagaan berkualiti tinggi bagi semua pesakit yang melangkah masuk ke dalam hospital kami.
Jika anda ingin dapatkan penjagaan holistik untuk masalah atau penyakit gastroenterologi dan hepatologi, hubungi kami untuk membuat janji temu hari ini.