Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Klang dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, siang dan malam, setiap hari. Pasukan doktor dan jururawat di jabatan Kemalangan & Kecemasan telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan segera menilaikan situasi menggunakan kaedah klasifikasi. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama 30 minit, bergantung pada bilangan pesakit yang ada di jabatan Kemalangan & Kecemasan.
Selain pakar kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.
Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.
Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi;
Mengancam nyawa atau anggota
Berterusan
Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, trauma berat, pendarahan banyak tidak terkawal, koma, status epil…
Perlu segera dijaga, tetapi tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa atau anggota jika tidak dirawat selama beberapa jam.
Setiap 30 minit
Sakit abdomen, sakit dada bukan kerana jantung, berbilang fraktur, pelecetan, kalkuli ginjal
Dan rawatan, tetapi masa bukan faktor kritikal
Setiap 1-2 jam
Simptom-simptom ruam, sakit kepala kronik, seliuh, selsema
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
Hospital dan jabatan kecemasan kami berkemampuan untuk menyediakan anda dengan penjagaan kecemasan yang diperlukan. Untuk memastikan keselamatan anda, kami akan melaksanakan garis panduan berikut di hospital-hospital kami.
✔ | Kami telah menyediakan kaunter saringan di pintu masuk Lobi dan pintu masuk Jabatan Kecemasan, di mana semua pesakit/pelawat perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan suhu mereka akan diperiksa oleh jururawat kami. |
✔ | Kami berurusan rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan Hospital Sungai Buloh untuk mengambil alih pengendalian dan penjagaan semua pesakit yang telah disaring di pintu masuk kami, dan mempunyai risiko klinikal serta risiko epidemiologi berkaitan dengan Covid-19 (“KKM PUI”). |
✔ | Semua pesakit/pelawat perlu memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan ketika masuk. |
✔ | Kami mengamalkan penjarakan sosial dan semua ruang menunggu ada dilengkapkan dengan penjarakan ruang (jarak 1-2 meter). |
✔ | Kami fokus dalam menjaga kebersihan kemudahan kami. Semua kawasan yang sering disentuh akan dinyahjangkitkan sekurang-kurangnya setiap 2 jam, dan rutin membersih akan kerap dijalankan di seluruh hospital. |
✔ | Semua kakitangan dan pengamal perubatan barisan hadapan perlu mematuhi standard berjaga-jaga daripada jangkitan contohnya PPE dan kebersihan tangan. Kakitangan penjagaan kesihatan kami akan disaring dua kali sehari. |
✔ | Pesakit yang menunjukkan ciri-ciri simptom yang meragukan contohnya, penyakit seperti influenza (ILI) atau jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) akan disediakan dengan pasukan pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan khas yang berasingan, untuk menjaga dan merawat pesakit ini melalui laluan dan kemudahan khusus di hospital kami, sehingga keputusan etiologi mereka telah disahkan oleh ujian makmal dan penyiasatan radiologi. |