Gabungan latihan dalam perbidanan dan sakit puan (obstetrik dan ginekologi) membenarkan pakar kami memiliki kecekapan yang setara dalam memainkan peranan penting dalam kesihatan seorang wanita dan ibu hamil.
Pakar kami terlatih dalam perubatan ibu dan anak, ketidaksuburan, dan perubatan pembiakan, onkologi, pembedahan pembinaan semula pelvis, perancangan keluarga, dan pediatrik serta ginekologi menopaus.
Doktor perbidanan (obstetrik) kami membantu wanita dalam perjalanan kehamilan mereka, daripada penjagaan pranatal dan kelahiran sehingga khidmat sokongan semasa penjagaan selepas bersalin.
Kami mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi memastikan kelahiran yang selamat.
Pakar sakit puan (ginekologi) kami membantu dalam pencegahan, diagnosis, dan rawatan untuk pelbagai masalah kesihatan reproduktif wanita.
Kami menawarkan ujian saringan rutin, seperti pap smear dan pemeriksaan pelvis, serta rawatan khusus untuk keadaan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), gangguan haid, dan perimenopaus.
Pembedahan, termasuk rawatan untuk fibroid dan endometriosis dilakukan secara rutin. Prosedur pembedahan biasa seperti histerektomi laparoskopi, sistektomi, rawatan prolaps faraj, dan kon biopsi/LLETZ juga ditawarkan.
PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan wanita.
Pakar kami menawarkan kaedah pengurusan yang komprehensif, termasuk pengubahsuaian gaya hidup, pengurusan ubat, dan bantuan kesuburan, untuk membantu pesakit menguruskan PCOS dan simptom yang berkaitan dengan berkesan.
Wanita yang menghampiri menopaus, mereka mungkin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi.
Klinik kami menawarkan penjagaan khusus dan sokongan semasa peralihan perimenopaus, menangani simptom seperti hot flashes, perubahan mood, dan kekeringan faraj untuk membantu wanita menghadapi tahap kehidupan ini dengan yakin dan selesa.
Untuk simptom menopaus, klinik kami menyediakan terapi penggantian hormon dan pilihan lain. Doktor kami bekerjasama dengan pesakit bagi pelan rawatan yang penting untuk mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan.
Fibroid rahim (juga dikenali sebagai myoma, fibromyoma, atau fibroma) adalah pertumbuhan jinak (bukan kanser) pada rahim. Fibroid boleh tumbuh di dalam rahim, di permukaan luar, atau di dalam dinding rahim itu sendiri.
Fibroid rahim adalah jenis pertumbuhan paling biasa yang ditemui di pelvis wanita. Doktor kami sedia untuk konsultasi bagi memberikan penjagaan dan khidmat terbaik jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan mengenai kesihatan reproduktif anda.
Human Papillomavirus (HPV) adalah punca utama kanser serviks. Mana-mana individu yang aktif secara seksual boleh mendapat HPV, walaupun hanya mempunyai hubungan seks dengan satu orang.
Seseorang juga boleh mengalami simptom bertahun-tahun selepas melakukan hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti. Kanser serviks biasanya mengambil masa bertahun-tahun, bahkan berdekad-dekad, untuk berkembang selepas seseorang mendapat HPV.
Hubungi kami untuk membuat temu janji dengan pakar ginekologi kami mengenai vaksinasi Human Papillomavirus dan dos vaksin HPV yang diperlukan.