Kanser tiroid merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang bermula dalam tiroid. Kanser ini lebih kerap terjadi pada kaum wanita, dan biasanya mereka yang berumur 30 hingga 60 tahun.
Kelenjar tiroid terletak di bahagian depan dan pada bawah leher. Kelenjar kecil ini berbentuk rama-rama dengan lobus kiri dan lobus kanan yang bersambung oleh penghubung halus yang dipanggil ismus. Bagi kebanyakan orang, kelenjar tiroid yang normal tidak dapat dirasai atau dilihat.
Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi cara badan berfungsi. Hormon-hormon utama yang dihasilkan adalah T3 (triiodotironina) dan T4 (tiroksin). Hormon ini mengawal kadar metabolisme, iaitu kadar badan berfungsi. Contohnya, hormon-hormon ini mengawal pencernaan, otot-otot, dan jantung.
Kelenjar tiroid turut menghasilkan hormon kalsitonin yang bertindak dengan hormon paratiroid untuk mengawal jumlah kalsium dalam darah.
Empat jenis kanser tiroid yang utama adalah:
Kanser ini adalah kanser tiroid yang paling biasa terjadi dan merangkumi kira-kira 8 daripada 10 kes. Ia biasanya tumbuh dengan perlahan. Namun, kanser ini boleh merebak kepada nodus limfa berdekatan tiroid atau leher.
Kanser ini merangkumi 4 daripada 100 kes kanser tiroid dan biasanya ditemui dalam kalangan orang pertengahan umur dan khususnya wanita. Kanser ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain, seperti tulang atau paru-paru.
Kanser ini jarang berlaku dan merangkumi 2% daripada kes kanser tiroid. Lebih kurang 25% daripada kanser tiroid medulari disebabkan oleh gen rosak yang diwarisi. Ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain, seperti tulang atau paru-paru.
Kanser yang paling jarang berlaku dan yang paling berbahaya, dengan peratusan kurang daripada 1% daripada semua kes. Biasanya ditemui pada golongan berumur dan khususnya pada wanita.
Simptom bagi kanser tiroid bergantung pada peringkat kanser. Kebanyakan simptom tidak ketara pada peringkat awal.
Antara simptom biasa bagi kanser tiroid termasuk:
Segera berjumpa doktor jika anda sudah lama mengalami simptom-simptom ini. Kanser yang dikesan awal boleh dirawat dengan lebih berkesan.
Meskipun punca sebenar kanser tiroid masih belum diketahui, faktor-faktor risiko berikut akan menambah risiko anda untuk mengalaminya.
Diagnosis akan dibuat berdasarkan pelbagai siasatan. Doktor akan bertanya tentang kesihatan umum dan simptom anda, serta menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh.
Ujian darah |
|
Imbasan ultrabunyi |
|
Biopsi |
|
Imbasan tomografi berkomputer (CT) |
|
Pengimejan resonans magnetik (MRI) |
|
Peringkat kanser dapat membantu menentukan tahap penyebaran kanser dan jenis rawatan yang terbaik. Peringkat kanser tiroid dikelaskan menurut sistem pemeringkatan Tumor, Nodus, Metastasis (TNM) berdasarkan jenis tumor.
Ia bermula daripada peringkat 1 ke 4, iaitu lebih tinggi peringkatnya, maka lebih jauh kanser telah merebak.
Rawatan bagi kanser tiroid bergantung pada jenis dan peringkat kanser. Terapi utama yang digunakan adalah pembedahan, rawatan iodin radioaktif, terapi hormon, radioterapi, kemoterapi, dan terapi sasaran.
Pembedahan |
|
Rawatan iodin radioaktif |
|
Terapi hormon tiroid |
|
Terapi sasaran |
|
Radioterapi luaran |
|
Kemoterapi |
|
Untuk mengurangkan risiko kanser tiroid, elakkan pendedahan kepada radiasi yang tidak diperlukan, termasuk prosedur pengimejan perubatan, khususnya pada kanak-kanak dan pada bahagian kepala dan leher.
Kadar hidup lima tahun bagi pesakit kanser tiroid adalah kira-kira 90%. Majoriti pesakit ini akan sembuh dan boleh menikmati jangka hayat yang normal.
Namun, prognosis akan berubah bergantung pada jenis dan peringkat kanser tiroid. Kanser yang dikesan awal mempunyai prognosis yang lebih baik.
Sekarang ini, prospek bagi kadar hidup lima tahun adalah:
Pengesanan awal kanser tiroid akan memudahkannya dirawat dengan berkesan melalui rawatan yang sesuai. Pasukan ahli onkologi yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia memberikan rundingan dan menyediakan pesakit dengan penjagaan dan bantuan terbaik dalam menyaring, mendiagnosis dan merawat kanser.
Hubungi kami untuk membuat janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang faktor risiko dan simptom di atas, atau apa-apa kebimbangan atau soalan tentang rawatan kanser.
Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.