Panduan Kemasukan di Pantai Hospital Ipoh

Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

  • Untuk kemasukan pesakit dalam dan pembedahan harian, sila buat pertanyaan di kaunter penyambut tetamu kami di lobi hospital utama, tingkat bawah
  •  Waktu kemasukan: 24 jam setiap hari
  •  Jika ada kes kecemasan, sila ke Jabatan Kemasukan Kecemasan
  •  Sila daftar masuk ke hospital pada masa yang disarankan doktor anda
  •  Semua pendaftaran kemasukan memerlukan bayaran deposit dan/atau surat jaminan
  •  Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau dengan mana-mana kad kredit utama

Barangan Peribadi

  • Anda dinasihatkan membawa barangan peribadi seperti baju tidur dan alatan mandi kerana hospital tidak menyediakan barangan tersebut
  •  Anda dinasihatkan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak, barang kemas, dan barangan berharga lain sewaktu tempoh anda berada dalam hospital
  •  Pihak hospital takkan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan apa-apa barang

Kebenaran Keluar

  • Waktu dibenarkan keluar adalah 12 tengah hari
  •  Kadar bilik separuh hari dikenakan untuk kebenaran keluar antara pukul 1 tengah hari – 5 petang
  •  Kadar bilik satu hari dikenakan untuk kebenaran keluar selepas 5 petang
  •  Selepas doktor mengesahkan kebenaran keluar anda, prosedur memproses bil dan preskripsi ubat akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
  •  Apabila bil sudah siap, kakitangan akan memaklumkan anda dan slip kebenaran keluar akan diberikan agar anda dapat melunaskan bil anda

Temu Janji Susulan

  • Sebelum anda meninggalkan hospital, janji temu pesakit luar mungkin akan dibuat untuk rawatan susulan
  •  Sila bawa bersama kad janji temu anda semasa kunjungan pesakit luar anda yang seterusnya

Pendaftaran Kelahiran

Semua kelahiran mesti didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Selepas pendaftaran dibuat, bayi baru lahir itu akan diberikan Sijil Kelahiran. Pendaftaran kelahiran biasa merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran bayi dalam Malaysia.

Dokumen yang Diperlukan:

DOKUMEN ANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang pendaftaran kelahiran JPN.LM01 yang telah siap diisi;
  • Borang pengesahan kelahiran daripada hospital atau pengesahan kelahiran di rumah daripada bidan/doktor (asal);
  • Kad pranatal (buku pemeriksaan kelahiran) asal dan salinan)

DOKUMEN IBU BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad pengenalan atau permit kemasukan atau pasport ibu bapa dan orang yang mendaftarkan kelahiran (asal dan salinan);
  •  Sijil Kematian ibu dan ayah pada bayi (asal dan salinan jika berkenaan)
  •  Sijil perkahwinan atau perceraian (asal dan salinan)

DOKUMEN PENDAFTAR (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad pengenalan atau permit kemasukan atau pasport (asal dan salinan)
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!