Hospital kami mempunyai pelbagai khidmat pengimejan yang lengkap termasuklah pengimbas CT berbilang hirisan, pengimejan resonans magnetik (MRI), sinar-X dan ultrabunyi, yang membenarkan doktor kami memberikan diagnosis yang paling tepat dan pantas. Jabatan ini beroperasi 24 jam setiap hari dengan kumpulan ahli radiologi berpengalaman yang dibantu ahli radiografi dan juruteknik, yang mengurus kes pesakit dalam dan luar serta pesakit yang dirujuk daripada penyedia penjagaan kesihatan luar.
Pengimbas CT Berbilang Hirisan (AQUILLON TOSHIBA 64 Hirisan)
Sinar-X am adalah pemeriksaan diagnostik yang paling biasa dijalankan. Ia merupakan kaedah yang paling pantas dan mudah untuk melihat dan menilai tulang patah, kecederaan sendi, tengkorak, atau tulang belakang.
Saringan mamogram biasa disarankan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Wanita dengan sejarah keluarga menghidap kanser payudara digalakkan untuk menjalani mamogram payudara pada usia 35 tahun.
Sistem MRI kami memberi prestasi berkecerunan tinggi, pantas, dan senyap yang membuatkan imbasan MRI lebih selesa dijalani para pesakit. Sistem ini juga menggunakan perisian khusus untuk siasatan kardiak MRI, dan kami adalah antara segelintir pusat dalam negara ini yang menawarkan khidmat ini. Dengan dibantu lagi lingkaran ultra ringan, sistem ini memberi keselesaan kepada pesakit semasa imbasan dilakukan dan memberikan keputusan imej yang lebih jelas bagi para klinisian.
Ultrabunyi menggunakan frekuensi bunyi dan bukan radiasi untuk menangkap imej, lalu membuatkannya pilihan yang lebih selamat untuk semua kumpulan usia. Malah ia boleh digunakan semasa kehamilan untuk melihat pertumbuhan janin. Imbasan Doppler digunakan untuk mengimbas saluran darah dan ini berguna untuk pesakit yang mengalami masalah DVT (Trombosis Vena Dalam)
Densitometri Tulang adalah ujian mirip sinar-X yang mengukur ketumpatan tulang dengan pantas dan tepat. Ia digunakan untuk mengukur kesusutan tulang atau mengenal pasti masalah seperti osteoporosis dan osteoartritis.