health-pulse-yeesang-copy health-pulse-yeesang thumbnail
Pemakanan & Nutrisi
Resipi

Yee Sang dengan Olahan Sihat: Tips dan Resipi

11 Januari 2024 · 4 mins read

Topics




Ketahui lebih lanjut tentang tips untuk menambah bahan kaya dengan nutrien dalam Yee Sang anda pada Tahun Baru Cina ini.

Yee Sang juga dikenali sebagai Prosperity Toss atau Lou Sang, telah menjadi sebahagian daripada perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia. Setiap tahun, tradisi melambung Yee Sang menjadi tumpuan utama dan Tahun Baharu Cina tidak akan lengkap tanpanya.

Sebagai hidangan simbolik kemurahan rezeki, Yee Sang terdiri daripada gabungan bahan-bahan yang berbeza, mewakili nasib baik, kemakmuran dan semua suasana indah tahun baharu!

Pada Tahun Baharu Cina ini, marilah kita memeriahkan sambutan dengan memasukkan sentuhan yang lebih sihat dan berkhasiat dalam Yee Sang yang menyerlahkan cita rasa, menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda.

Bahan-bahan untuk Olahan Lebih Sihat

Yee Sang boleh direka bentuk dengan mengutamakan keperluan pemakanan dan kesihatan. Dengan menggunakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran segar, Yee Sang anda akan kaya dengan serat, vitamin dan mineral.

Secara amnya, berikut adalah lima tips asas untuk memasukkan unsur kaya dengan nutrien dalam Yee Sang anda.

  1. Gabungkan sayur-sayuran berwarna-warni.

    • Untuk meningkatkan kepadatan nutrien dengan menyediakan vitamin, mineral, antioksidan yang penting.
    • Pilihan yang disyorkan ialah sayur-sayuran segar yang memberikan tekstur rangup seperti kubis, lobak merah, lobak, jicama (sengkuang).
  2. Tambah protein untuk meningkatkan profil pemakanan.

    • Pilih protein tanpa lemak seperti ayam panggang dan salmon salai.
    • Tauhu ialah pilihan terbaik untuk Yee Sang yang mesra vegetarian.
  3. Masukkan kekacang dan biji.

    • Anda boleh menambah segenggam kacang seperti badam, walnut atau kacang gajus untuk lemak yang sihat serta rangup dan memuaskan.
    • Lemak sihat bagus untuk menggalakkan kesejahteraan kardiovaskular secara keseluruhan.
  4. Pilih bijirin penuh untuk serat.

    • Ramuan bijian penuh seperti quinoa atau beras perang membekalkan serat dan nutrien yang penting.
    • Ramuan ini menyokong kesihatan pencernaan dan membantu mengekalkan rasa kenyang.
  5. Gunakan kuah buatan sendiri.

    • Buat kuah ringan anda sendiri dengan menggunakan bahan seperti minyak zaitun, madu dan sitrus sebagai alternatif menyegarkan dan lebih sihat berbanding sos plum melekit komersial.

Resipi Yee Sang Sihat

Strawberi
Hirisan lada benggala merah

Tinggi dengan Vitamin A, Vitamin C dan likopena. Likopena dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik dan perlindungan terhadap kanser tertentu.

Hirisan lobak merah
Limau bali
Hirisan lada benggala kuning

Bahan-bahan berwarna jingga dan kuning ini boleh membantu memastikan mata anda sihat dan meningkatkan sistem imun anda.

Hirisan timun

Tinggi Vitamin K. Vitamin K memainkan peranan dalam pembekuan darah, metabolisme tulang dan mengawal tahap kalsium darah.

Hirisan kubis ungu
Anggur

Tinggi anthosianin (antioksidan). Baik untuk kesihatan jantung dan perlindungan daripada kanser tertentu.

Hirisan lobak

Tinggi serat, kalium dan Vitamin C.

Bahan-bahan lain:

  • Kacang gajus ialah sumber Omega 3 yang baik, penting untuk kesihatan jantung.
  • Anda boleh membuat crouton buatan sendiri daripada roti pelbagai bijirin dan roti gandum penuh.
  • Anda boleh menggunakan madu sebagai sos buatan sendiri untuk rasa manis dan pedas.

Resipi ini diilhamkan oleh Hospital Pantai Pulau Pinang.

Cara Menghidangkan Yee Sang Anda

  1. Letakkan bahagian sama banyak untuk hirisan sayuran, kira-kira segenggam setiap satu di atas pinggan yang besar.
  2. Seterusnya, susun buah-buahan diikuti dengan penambahan kacang gajus dan crouton.
  3. Lengkapkan juadah dengan mencurahkan sos madu sebagai sentuhan akhir.

Selamat Tahun Baharu Cina yang Menyihatkan!

Apabila tiba masanya melambungkan Yee Sang untuk kemakmuran dan kesihatan, kumpulkan keluarga dan rakan anda mengelilingi meja. Setiap orang memegang sepasang penyepit dan apabila lambungan bermula, angkat dan toskan bahan-bahan sambil mengucapkan ayat berkat yang bertuah. Akhiri dengan merasai kelazatan bahan-bahan dalam suasana yang menggembirakan dan penuh tuah.

Dengan pemilihan bahan-bahan yang kaya dengan nutrien, kita boleh meraikan kelimpahan perayaan Tahun Baharu Cina dan nikmat kesihatan yang baik. Semoga perayaan anda dipenuhi dengan kegembiraan, kemakmuran dan Yee Sang yang lazat!

Jika anda mempunyai soalan tentang cara memastikan mempunyai pemakanan yang mencukupi dalam diet harian anda, hubungi pasukan pakar diet di Hospital Pantai yang terdekat dengan anda untuk menerima nasihat pemakanan profesional dan membantu memulakan perjalanan kesihatan anda.

Untuk membuat janji temu saringan kesihatan, sila hubungi pusat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai yang berhampiran dengan anda.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmen terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Artikel Dicadangkan

Click to know more!